Rabu, 18 November 2009

Tetamu dari SMK Convent Alor Setar

Assalamualaikum
Hari ini kami di RA Cendawan Segera berasa terkejut kerana menerima lawatan yang tidak diduga. Pelawat yang dimaksukan tersebut adalah guru-guru dari sekolah menengah kebangsaan convent alor setar. Sebelum ini cikgu tersebut hanya memesan cendawan melalui pelajarnya iaitu seorang daripada anak Pengusahan RA Cendawan yang bersekolah disitu. Mungkin kerana begitu kagum dengan kualiti cendawan yang dibekalkan maka guru-guru tersebut membuat lawatan mengejut untk melihat sendiri proses penanaman cendawan. Pihak kami di RA Cendawan begitu berasa berbesar hati diatas lawatan tersebut dan menghargai di atas sokongan guru-guru tersebut kepada pihak kami.


Di bilik tetamu Sambil diberi jamuan ringan en musa memberi
sedikit penerangan proses penyediaan cendawan kepada para tetamu.




sambil memerhati proses penyedian bongkah oleh
kakitangan RA Cendawan segar




memerhati cara memasukan habuk kayu kedalam beg
plastik dengan penuh minat



bergambar kenangan didalam bilik pemeraman bongkah
yang sudah siap susun dan disuntik benih