Sabtu, 21 November 2009

Rabu, 18 November 2009

Tetamu dari SMK Convent Alor Setar

Assalamualaikum
Hari ini kami di RA Cendawan Segera berasa terkejut kerana menerima lawatan yang tidak diduga. Pelawat yang dimaksukan tersebut adalah guru-guru dari sekolah menengah kebangsaan convent alor setar. Sebelum ini cikgu tersebut hanya memesan cendawan melalui pelajarnya iaitu seorang daripada anak Pengusahan RA Cendawan yang bersekolah disitu. Mungkin kerana begitu kagum dengan kualiti cendawan yang dibekalkan maka guru-guru tersebut membuat lawatan mengejut untk melihat sendiri proses penanaman cendawan. Pihak kami di RA Cendawan begitu berasa berbesar hati diatas lawatan tersebut dan menghargai di atas sokongan guru-guru tersebut kepada pihak kami.


Di bilik tetamu Sambil diberi jamuan ringan en musa memberi
sedikit penerangan proses penyediaan cendawan kepada para tetamu.




sambil memerhati proses penyedian bongkah oleh
kakitangan RA Cendawan segar




memerhati cara memasukan habuk kayu kedalam beg
plastik dengan penuh minat



bergambar kenangan didalam bilik pemeraman bongkah
yang sudah siap susun dan disuntik benih



Selasa, 17 November 2009

Pengusaha bimbingan kami -Bang Lid 2001

Rumah pemeliharaan cendawan saya mula di bina pada bulan september 2009. Dibina bersebelahan dengan rumah saya ditempat letak kereta yang tidak diguna lagi dan diubahsuai menjadikan tempat pemeliharaan dengan bersekala kecil dan boleh dimasuk lebih kurang 2000 bongkah dan ini adalah langkah permulaan saya dan insayaallah jika berjaya saya akan memperluaskan lagi usaha saya di masa hadapan. Saya mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada En Musa Morad pengurus RA Cendawan Segar.







Bongkah cendawan yang baru dihantar oleh pihak RA Cendawan


Inilah bangsal tempat pemiliharaan Cendawan saya (Bang Lid) yang
dapat memuatkan lebih kurang 2000 bongkah

Bongkah disusun diatas rak bagi proses pemeraman
selama 60 hari

Kedudukan bongkah yang disusun

meselian yang dah hanpir nak penuh











Sabtu, 14 November 2009

Pengusaha bimbingan kami -Pak Din 1001


Pak Din dan Encik Mee adalah dua beranak yang menjalankan usahan memelihara cendawan tiram kelabu dan penjagaan bongkahnya bermula pada bulan ogos 2009. Kini usaha mereka telah menanpakan hasilnya. Mendapat khidmat nasihat daripada pihak RA Cendawan.




Pak Din yang mengusahankan
penjagaan cendawan tiram kelabu dengan anaknya


Mee berganding bahu dengan ayahnya
menjalankan perniagaan ini


bongkah yang di perliharaan dan dijaga oleh meraka



Inilah hasilnya


Ini contah kualit hasil cendawan pak din dan anaknya



Rabu, 11 November 2009

Persekitaran bekerja
























Habuk kayu Getah


Kerja penapisan habuk kayu


Proses mengadukan habuk kayu/Dedah Kasar/kapur pertanian/Air





memasukan habuk kayu kedalam mesin mengisi

bongkah untuk dimasukkan kedalam plastik

memasukkan habuk kayu kedalam plastik dan dikejapkan

Bongkah yang telah diisikan dengan
habuk kayu dikemaskan untuk
dimasukan lehir dan ditudung


setelah siap dimasukkan kedalam raga
besi untuk proses selanjutnya


Bongkah dimasukan kedalam dapur untuk
proses mengkukus dalam kepanasan 95 darjah